Friday, June 17, 2011

Dunia si kanak-kanak Palestin

[Entri ini adalah sempena Nakbah Palestin. Satu lagi sisi konflik Zionis-Palestine yang kurang dibangkitkan.]

www.greenstar.org

Seorang pakar psikologi kanak-kanak telah ke Palestin untuk mengkaji tentang psikologi kehidupan kanak-kanak di negara itu setelah sekian lamanya dijajah zionis laknatUllah. Sudah beberapa generasi berlalu tanpa kesudahan terhadap konflik ini.

Sungguh menyedihkan, apabila usahanya sendiri yang ingin membina taman tema kecil seperti mereka yang lain dengan dana sendiri dimana kanak-kanak di sana akan diberi masuk secara percuma telah dirobohkan rejim laknat zionis itu. Niatnya tidak lain tidak bukan semata-mata untuk melihat kanak-kanak di sana bergembira, setelah saban hari bergelumang dengan kematian, bedilan peluru serta ketakutan.

Tetapi itu yang regim zionis tidak mahu. Zionis tidak mahu kanak-kanak di sana bergembira. Mereka mahu kanak-kanak di sana sentiasa dalam ketakutan.

Suatu hari, beliau telah ke sekolah rendah di sana untuk membuat kajian psikologi kanak-kanak di sana.

“Murid-murid, sila lukis di kertas putih yang cikgu edarkan. Tema lukisan adalah bebas!”

Lalu dengan pantas semua pelajar di dalam kelas itu mula melukis.

Sudah diramalkan, mereka akan lukis apa yang difikiran mereka. Itulah menunjukkan kesucian pemikiran mereka.

Sekiranya kanak-kanak di Malaysia disuruh demikian, boleh diagak bahawa lukisannya berbentuk sebiji rumah, disebelahnya ibu, ayah dan dirinya, sunshine di bahagian atas kertas, dan pokok-pokok atau bunga-bunga di halaman.

Mungkin lukisannya seperti di bawah:

Lukisan tipikal kanak-kanak Malaysia

Suasana lukisan tersebut gembira, harmoni dan ceria.

Lukisan kanak-kanak Palestin pula?

www.gcmhp.net

Blood.

Death.

Violence.

Every single day.

The Palestinian children do not deserve to live like this.

Damn you zionists, damn you!

No comments:

Post a Comment