Sunday, February 14, 2010

kisah orang kaya

Hahahaha... Mana ada jalan mudah untuk kaya. Semua yang kita lihat pada hari ini mesti ada sebab musababnya.

Di televisyen, ada rancangan makan lipas, kunyah lintah dan hadiahnya jutaan wang ringgit. Pada saya itu semua hanyalah mainan jutawan juga. Aset miliknya mungkin bernilai RM500 juta. Apalah sangat jika dia tabur RM1 juta untuk buat satu rancangan gempar di TV. Membabitkan manusia miskin berebut wang. Tapi dengan syarat, kena makanlah lipas atau pun kunyahlah lintah.

Bayangkan anda seorang jutawan. Anda ada banyak duit sekali. Anda teringin untuk melihat bagaimana gelojohnya manusia mengejar wang ringgit. Tentu anda akan buat rancangan seperti di TV itu. Atau pun mirip seperti rancangan itu contohnya lari berbogel satu Bukit Bintang dan hadiahnya RM1 juta. Stesen TV pun dapat untung. Ini semua hanyalah business.

Di Internet banyak emel bersepah mengajak orang jadi jutawan. Betulkah boleh kaya melalui Internet? Orang muda boleh jadi kaya? Berapa lama dia sudah bekerja? Berapa banyak duit sudah terkumpul? Fikirlah secara logik.

Katakan anda seorang jutawan, ada aset RM500 juta. Anda tabur RM2 juta pada seorang mamat. Mamat tadi, akan dipromosikan (dipopularkan) di Internet juga di TV sebagai jutawan muda. Apa seterusnya?

Kita suruh mamat tadi bikin cerita dia buat business dengan orang putih di Internet dalam urusan jual-beli kapal selam. Sebab itu jadi jutawan muda.

Selepas itu? Kita tayangkan pelbagai benda mewah yang telah dibeli oleh mamat ini, seperti kereta sport, rumah banglo, bini cantik (ya, kita suruh mamat tadi kahwin untuk convince orang ramai) dan pelbagai benda lain lagi.

Lepas itu?

Apa lagi? Kita suruh dia jual bukulah. Buku atau e-book berjudul, "Bagaimana Nak Jadi Jutawan Muda". Buku ini akan laris kerana manusia ramai terpengaruh berikutan melihat sesuatu dengan hanya mata kasar tetapi tidak berserta dengan akal. Tengok sesuatu tanpa berfikir. Macam tengok minah bogel. Ada kau nak fikir-fikir? Ha, macam tulah kiasan terlampaunya.

Kita juga akan suruh mamat tadi bikin seminar. Macam Mat Salleh yang bikin seminar dekat Malaysia sehingga mencecah ribuan ringgit. Hanya bermodalkan air liur dan beberapa gambar slaid (slide). Sekarang mungkin boleh guna video untuk ganti slide.

Akhirnya apa? Akhirnya, orang yang beli buku dan pergi seminar itu tidak kaya-kaya, tetapi mengkaya-rayakan pula mamat tadi dengan belian buku dan seminar air liur.

p/s: Apa yang saya percaya, semua perniagaan akan mati tanpa sokongan wang ringgit yang berasaskan pertanian dan penternakan. Kaji sejarah Nabi-nabi kita dan anak-pinak mereka serta para sahabat mereka. Tanpa usaha keras para petani dan penternak terdahulu dan terkini, takkan ada barang-barang moden yang kita gunakan pada hari ini. Jadi kalau nak kaya, kita kena tiru kaum agung terdahulu ini.

No comments:

Post a Comment