Thursday, February 28, 2013

Terima Kasih Cinta

Bila menyebut tentang cinta, siapakah yang berada diminda anda? Mungkinkah ibu bapa? Atau jejaka/gadis idaman? Jawapannya anda sendiri lebih tahu… Akan tetapi pernahkah anda terfikir tentang sebuah cinta agung dari kekasih sejati itu? Tentang Dia yang tidak pernah meninggalkan, meskipun sering ditinggalkan dan dilupakan berkali-kali… Siapakah kekasih sejati itu? Hanya satu : Allah yang Esa… Dia yang tidak pernah meninggalkan kita meskipun kita sering melupakanNya. Dia yang selalu menerima kita selepas kita meninggalkanNya berulang kali. Dia yang sering memaafkan kita setelah berkali-kali kita mengulangi kesilapan. Adakah lagi kekasih yang lebih baik dariNya? Jawapannya pasti takkan ada yang lebih baik dariNya… Adakah kita sudah menjadi kekasih yang baik pula untukNya? Tepuk dada tanya iman kita… Seringkali bila ujian menerpa, saat itulah baru kita kembali padaNya…Seringkali tika kita merasa sendirian dan orang sekeliling kita meninggalkan kita, saat itulah baru kita sedari bahawa Dialah yang paling setia bersama kita… Bahkan, pernahkah kita terfikir bahawa kadangkala Dia menimpakan ujian buat kita kerana Dia mahu kita kembali kepadaNya? Dan kadangkala Dia memisahkan kita dari orang yang kita cintai dan sayangi kerana Dia rindukan kita dan mahu kita untuk kembali mencintaiNya lebih dari insan-insan itu… Sesungguhnya ujian itu tanda kasih dan rinduNya buat kita… Kerana seringkali manusia itu lupa dan ujianlah yang menyedarkan dan mengingatkannya… Usahlah kita lupa tentang kisah cinta kekasih sejati itu lagi… Semoga kita semua menjadi hambaNya yang baik dan lebih baik dari sebelumnya,amin...

Saturday, February 16, 2013

pengorbanan untuk cinta

Bila bercinta pasti akan wujud banyak ayat pujangga.Antaranya seperti "cinta itu buta","cinta itu anugerah Allah","cinta itu ibarat coklat" dan macam-macam lagi.Tapi apa yang saya nak tekankan hari ni adalah satu ayat yang paling menarik bagi pasangan bercinta.Ayatnya adalah "cinta memerlukan pengorbanan".Rasanya bukan setakat depa yang bercinta je yang tau.Budak-budak pun tau kot.Ye la.Budak kecik zaman sekarang pun dah pandai nak bercinta walaupun tinggi pun tak cukup.Hehe. Ayat "cinta memerlukan pengorbanan" memang senang kalau nak sebut.Tapi bila nak realisasikan tu memang memerlukan pengorbanan.Betul tak?Bukan senang kita nak berkorban.Hanya depa yang ada cinta sejati je yang boleh realisasikan ayat ni.Pengorbanan bukan senang kan?Sama juga seperti mereka yang sanggup berkorban untuk agama.Payah nak cari sekarang sebab iman manusia sekarang ni memang tak kuat kalau nak dibandingkan dengan zaman Rasulullah dan para anbia' dulu.Jauh sangat.Ada yang baru lepas kahwin pun sanggup berjihad.Kalau korang sanggup tak agak-agak?Saya?Jangan tanya! Hari ni saya nak kongsi sedikit tentang penorbanan cinta dengan semua.Saya nak jadi doktor cinta sat.Pada mereka yang bercinta mesti baca.Buat renungan bersama. Cuba tanya diri kita.Kita paham betul-betul tak ayat,"cinta memerlukan pengorbanan"?Apa yang dikatakan pengorbanan dalam becinta ni?Baiklah.Dalam bercinta,ada dua jenis pengorbanan sebenarnya.Yang pertama,pengorbanan untuk cinta dan yang kedua adalah pengorbanan cinta.Ada beza tak? Apa itu pengorbanan cinta?Pengorbanan cinta ni bermaksud kita berkorban sesuatu seperti masa dan harta untuk cinta.Manakala korban cinta bermaksud kita mengorbankan cinta kita untuk sesuatu yang lebih baik. Kali ni saya just nak kongsi tentang pengorbanan cinta kerana ianya lebih penting.Saya sebenarnya sedih apabila ada muslimah yang sanggup menggadaikan agamanya demi lelaki yang bukan muslim.Ye la,orang kata cinta ni tak kenal rupa,so tak mustahil cinta juga tak mengenal agama kan?Jadi kat sini saya nak tekankan yang kita perlu korban kan cinta kita untuk masa depan.Cari pasangan yang ada ilmu agama.Bukan sebab rupa atau harta kerana ianya hanya bersifat sementara.Ilmu agama inilah yang akan menjamin kebahagiaan kita.Tak nak ke anak-anak yang soleh dan solehah?Kelak kita yang akan senang.

Jodoh yang Sempurna dan terbaik

Jodoh yang Sempurna Assalamualaikum.... Seorang gadis bertanya kepada ibunya...... "ibu, bagaimana saya boleh tahu lelaki itu jodoh saya yang terbaik?" Ibu gadis tersebut menjawab..... "lupakan tentang mencari lelaki yang terbaik, tetapi fokuslah untuk menjadi seorang wanita yang terbaik" Di dalam al-Quran juga ada menyebut...... "perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik" ******************************** Kita manusia yang tidak sempurna, ada kelemahan, kekurangan diri yang tidak sama bagi setiap insan. Terlalu mengharapkan kesempurnaan kadang-kadang membawa kekecewaan yang berpanjangan kerana kesempurnaan yang diharapkan tetapi kekurangan yang nampak di mata. Menerima diri orang lain seadanya bukan perkara yang mudah, tetapi belajar menerima seadanya bukan juga perkara yang mustahil. Kita inginkan yang terbaik untuk diri sendiri tetapi diri sendiri bukan juga di kalangan yang terbaik. Kita inginkan orang itu begitu, begini tetapi kita sendiri tidak cuba berubah. Mencari jodoh yang terlalu sempurna.....sampai bila pun tak akan jumpa

Friday, February 15, 2013

Roast Chicken With Cornbread

Ingredients 1.5kg free-range chicken salt freshly ground black pepper 1 tablespoon olive oil parsley butter 100g butter, at room temperature 3 tablespoons finely, chopped flat-leaf parsley 1 teaspoon salt 1 teaspoon freshly ground black pepper stuffing 3 cups bread crumbs 200g butter, softened 1 onion 1 cup parsley, chopped juice and zest of 1 lemon 1/2 clove garlic, grated 2 tbs thyme cornbread 2 corn cob, boiled kernels, sliced off 4 eggs 2 cups milk 3 cups self raising flour 1 cup polenta 1 tsp salt 2 tbs olive oil Methods Pre heat the oven to 200C. Combine the ingredients for the parsley butter in a bowl, mixing well. Wipe the cavity of the chicken with paper towel & trim any excess fat. Hold the chicken firmly with one hand & with the other carefully insert your fingers under the breast. Gradually ease the skin away, being careful not to tear it. Take small knobs of parsley butter & push them under the skin, until the butter covers most of the breasts. Pull the skin back & place over the breasts. To make the stuffing, heat the oil in a heavy-based frying pan & gently fry the onion for 3 to 4 minutes, until soft but not coloured. Transfer to a mixing bowl & allow to cool. Add bread crumbs, parsley, thyme, garlic, lemon zest, lemon juice, butter and pinch of salt and pepper. Mix until well combined. Put the stuffing inside the chicken. Firmly tie the chicken the legs to the chicken & place the chicken on a wire rack inside a large roasting tray. Season generously with salt & pepper, rub with the oil & roast for 15 minutes, reduce heat to 170C and cook for a further 45 – 50 minutes or until the internal core temperature reaches 72C on a meat thermometer or when the juices run clear when you insert a skewer into the thigh. Leave the chicken to rest in a warm place for 15 minutes while you cook your cornbread. To make the cornbread, sift flour into a large mixing bowl. Add polenta, corn kernels, rosemary and a pinch of salt. Mix well. In a separate bowl whisk 4 eggs. Add egg mixture to dry ingredients along with the milk and olive oil. Whisk until combined. Pour mixture into a lightly greased bread tin and bake in a preheated 180C oven for 35 – 40 minutes.