Wednesday, May 29, 2013

ANTARA GARIS SELAMAT DAN NASIB RAKYAT [WAJIB BACA]






Pasca PRU13, sudah sembilan himpunan #Blackout505 dan satu himpunan #SuaraRakyat505 berlangsung. Samada ia punyai kesinambungan atau tidak, bukanlah perkara pokok kerna ianya adalah himpunan pergi dan balik. Himpunan hebat ini menyaksikan rakyat dan pemimpin saling bersuara, saling berlaung, hebat bergema! 

Tetapi ke mana gemanya suara dan laungan ini? Apakah ke bukit? 

Saya percaya rakyat hari ini seharusnya sudah mendapat kelegaan yang optima sekiranya demokrasi dalam pilihanraya 5 Mei berjalan dengan baik. Pakatan Rakyat menang PRU-13 menjadikan harga minyak turun keesokkan harinya dan harga tol mansuh berperingkat sekaligus menyebabkan harga barang dan harga perkhidmatan berkurangan. Barangan keperluan asas khususnya akan jauh lebih murah apabila monopoli kroni mula dipecahkan. Rasuah, penyelewengan, ketirisan wang negara dapat dipatahkan. Apa lagi yang rakyat mahu? Inilah yang rakyat pilih.

Barisan Nasional tidak menang PRU13. Mereka tidak layak membentuk kerajaan dan Najib seorang PM yang tidak punya mandat majoriti rakyat. Saya katakan BN tidak menang kerana dalam keadaan menipu, dalam keadaan dibantu oleh semua agensi kerajaan khususnya SPR, dibantu 'papan' siaran telivisyen yang sampai masuk ke setiap rumah, dibantu oleh dana berpuluh bilion, dalam keadaan semua ini pun mereka hanya mampu perolehi 46% undi popular. Menipu pun kalah, bagaimana jika tidak menipu.

Akhirnya penipuan pilihanraya 5 Mei menjadi agenda paling besar dan hangat. Ia diakui oleh semua parti politik Pakatan Rakyat. Rakyat bangkit dengan amarah dan telah dibuktikan amarah ini dalam sepuluh perhimpunan #Black505 di seluruh negara. Dalam masa yang sama, rakyat berpaut kepada parti dan kata-kata pemimpin yang berjanji bahawa rakyat adalah tuan dan negara perlu diselamatkan. Jangan lupa, inilah kata-kata keramat sebelum pilihanraya.

Ketika negara gagal diselamatkan dek kerana penipuan pilihanraya, kerana demokrasi yang digelapkan dan kemenangan yang telah dicuri dalam silap mata blackout. Ketika itu juga sayup-sayup berbunyi saranan kepada rakyat agar jangan gopoh, sayup berbunyi memberi nasihat agar bersabar, terus menyusun gerakan untuk 5 tahun lagi. Apakah mereka lupa kemenangan dan keselesaan rakyat hari ini telah dirampas pada tengah malam 5 Mei maka pemimpin BN dan kroni terus dibiarkan bermewah dan terus mengaut kekayaan?

Rakyat mula tertekan menghadapi kenaikkan harga barang secara senyap, perlaksanaan GST digerak secara sorok-sorok dan tidak lama lagi AES mula mengambil tempat seterusnya menjadikan jalanraya sebagai pusat 'penyembelihan' yang baru. Inilah nasib rakyat Malaysia - mereka bukan bodoh, mereka cuma ditipu. 

Saya percaya lebih 60% pengundi sebenar memilih Pakatan Rakyat tetapi penipuan dalam bentuk pengundian lebih dari sekali menjadikan peratusan itu merundum kepada 51% - di sinilah gunanya dakwat kekal yang tidak kekal maka BN menang dengan penipuan terancang. 

Pengundi CIMB (Cambodia, Indonesia, Myanmar & Bangla) adalah taktik diversion atau mengalih perhatian, ketika penipuan sebenar ialah pengundian lebih sekali khususnya 278 ribu pengundi awal dan pos yang terdedah manipulasi penipuan apabila telah hilang dakwat di jari. Juga lambakkan kertas undi di akhir sesi pengiraan yang membolehkan BN menang tipis di banyak kerusi parlimen di saat akhir. 

Seperti yang saya katakan tadi, penipuan dan kecurangan ini telah diakui oleh Pakatan Rakyat malah keputusan PRU13 juga tidak diterima secara sebulat suara - ini sudah bagus. Persoalannya, demi rakyat, apakah PR sedia bersama rakyat walaupun rakyat memilih untuk turun ke jalanraya? 

Sebelum PRU13, kamu (Pakatan Rakyat) jangka akan ditipu sehabisnya, kamu bersama rakyat dalam BERSIH 3.0, malah kamu bersama anjurkan KL112 ketika kamu sangka kamu akan kalah sehabisnya akibat penipuan SPR untuk kekalkan BN. Namun bila kamu kekal beberapa negeri dan mempunyai lebih ramai YB di atas pertambahan kerusi parlimen, apakah pendirian bersama rakyat itu sudah berubah (apabila keadaan sudah selamat)? Apakah harus redho hanya kerana kelemahan kita tidak berjaya melepaskan diri dari tipu helah Barisan Nasional? 

BN adalah penipu yang baik yakni penipu yang bijak menipu. BN hanya perlu menipu untuk menang walaupun dengan majoriti beberapa kerusi parlimen. Jika BN menang semua, pasti huru-hara, mungkin ketika itu ungkapan 'sabar' tiada dalam perkiraan.

Jadi bagaimana sekarang? Rakyat kini belum selamat sepertimana negeri Selangor, P.Pinang dan Kelantan yang dikira sudah selamat. Jika setuju bahawa rakyat dan negara ini perlu diselamatkan, di manakah pendirian Pakatan Rakyat? Bersama rakyat atau bermain selamat?

Kesempatan ini juga saya ucap tahniah dan salut buat imam jalanraya sejati - Tn Haji Mat Sabu kerana beliau satu-satunya pemimpin utama parti yang berani menyebut betapa perlunya Dataran Merdeka itu ditawan oleh rakyat sebagai simbol menegakkan demokrasi yang digelapkan. Nampaknya Abang Mat tidak peduli nasibnya dalam muktamar pemilihan nanti. Selebihnya pemimpin yang mendapat perhatian rakyat seperti che'GuBard dan Rafizi Ramli juga telah menyatakan bahawa jalanraya adalah jawapan untuk menyentap keegoan regim. Saya salut pemimpin ini. 

Begitu juga dengan Dato' Ambiga yang secara terbuka mendesak SPR meletak jawatan. Jelaslah Dato Ambiga ada masanya jauh lebih berani daripada Hishamuddin Rais atau Tukar Tiub. Saya nasihatkan kepada Isham Rais supaya teruslah menghilangkan diri sampai bila-bila. Ramai lagi pemimpin yang bersama gerakan rakyat yang tidak sempat untuk saya sebutkan di sini. Saya yakin semuanya hebat dan terus istiqomah.

Saya dengan ini mendesak kepada semua parti politik pro-rakyat agar menyatakan pendirian dengan tegas samada untuk terus ditipu 5 tahun lagi, atau bersama rakyat 'menggegar' demi demokrasi sebenar dalam masa terdekat. Nyatakanlah pendirian dengan berani, agar rakyat tidak silap memilih kamu sebagai pembela sejati. 

Tegaslah untuk pilihanraya semula (walaupun terpaksa serah tiga negeri) di atas kecurangan terbesar SPR - dakwat kekal yang tidak kekal. Kes ini cukup kuat bersama sokongan majoriti rakyat. Namun harus diingat, untuk pilihanraya semula wajib dengan SPR yang diperbaharui dan diletakkan bukan lagi di bawah JPM.

Akhir sekali saya bertekad dan menyeru kepada semua NGO dan aktivis supaya pastikan tiada lagi rapat himpunan, tiada lagi acara persembahan, tiada lagi ucapan pidato yang melampuh, kini tiba masa untuk bergerak, kini tiba masa untuk berarak dengan berani. 

Tipu pilihanraya, turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.

Tuesday, May 28, 2013

8 Sebab Legitimasi Najib Sebagai Perdana Menteri Dipertikai

Terdapat sekurang-kurangnya lapan sebab mengapa sebilangan besar rakyat Malaysia terutama generasi muda mempertikaikan legitimasi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, bantahan sejuta pengundi Malaysia, kebanyakannya generasi muda daripada pelbagai kaum terhadap keputusan PRU-13 menerusi ceramah “Black 505” di seluruh negara.

Katanya, rakyat tunjuk rasa tidak puas hati mereka kerana menganggap PRU-13 paling kotor sepanjang 13 kali pilihan raya umum negara kerana berlakunya politik wang yang tidak beretika melalui strategi UMNO/BN “Duit Duit Duit”, “Tipu Tipu Tipu” dan “Takut Takut Takut”.

Selain itu, menurut beliau, amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menguntungkan UMNO/BN, yang mana satu undi di Putrajaya (16,000 pengundi) sama nilainya dengan satu undi di Kapar (140,000+ pengundi) hingga menjadi satu penghinaan terhadap prinsip “seorang, satu undi, satu nilai”.

“Sekiranya PRU-13 bersih, bebas dan adil, undi popular yang dimenangi Anwar dan Pakatan Rakyat pasti melebihi 60 peratus malah mencapai dua pertiga jumlah keseluruhan, memberikan majoriti kerusi Parlimen kepada PR (mencecah 125 kerusi Parlimen terdiri daripada 45 untuk PKR dan masing-masing 40 untuk DAP dan PAS) bukannya 89 kerusi untuk PR dan 133 kerusi untuk BN seperti sekarang,” katanya berucap pada makan malam kesyukuran/pelancaran gerakan Impian Rakyat Malaysia DAP Gelang Patah di Sutera Mall, di sini, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, pemerintahan Najib kurang legitimasi sebagai kerajaan 1Malaysia meskipun mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum, kerana meningkatnya polarisasi kaum.

“Najib bertanggungjawab memulanya dengan kenyataannya bahawa keputusan PRU-13 adalah “tsunami Cina” sedangkan ia adalah tsunami rakyat Malaysia, bandar, separa bandar dan anak muda.

“Ini diikuti satu siri reaksi provokasi, mengapi-api dan perkauman serta kempen seperti tajuk akhbar lidah UMNO, Utusan Malaysia: “Apa Lagi Cina Mahu”; ucapan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah, merupakan ucapan paling rasis dan menghasut pernah dibuat di Malaysia dalam tempoh 44 tahun.

Beliau berkata, pemerintahan Najib juga kurang legitimasi sebagai kerajaan 1Malaysia meskipun mengangkat sumpah selepas pilihan raya untuk menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum, kerana meningkatnya polarisasi kaum selepas PRU13.

Menurut Kit Siang, Kabinet Najib tidak mewakili semua rakyat Malaysia, satu kesedaran terlewat yang membawa kepada cadangan BN menamatkan parti berasaskan kaum, dengan menggabungkan semua parti komponen dalam satu perikatan menjadi parti berbilang kaum.

“Rejim pemerintahan Najib juga semakin menekan dan tidak demokratik, berikutan kerjasama Menteri Dalam Negeri dengan Ketua Polis Negara yang paling “bersifat politik” dengan menafikan hak asasi manusia dan demokratik pemimpin Pakatan Rakyat serta aktivis sosial lalu apabila menahan, mendakwa dan tindakan keras terhadap kebebasan berhimpun dan bersuara.

“Contoh terkini bergantung kepada penipuan dan pembohongan adalah ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk memburu pengguna media sosial pro-Pakatan Rakyat sama ada di Facebook, Twitter, YouTube atau blog, berikutan dakwaan tidak masuk akal bahawa DAP membelanjakan RM108 juta tentera siber “Red Bean Army” untuk memburuk-burukkan UMNO/BN di alam siber,” katanya.

Kit Siang berkata, Najib juga mempengerusikan Kabinet dengan dua Menteri tidak sah (Paul Low dan Abdul Wahid Omar dan tiga Timbalan Menteri tidak sah (P. Waythamoorthy, J Loga Bala Mohan dan Ahmad Bashan Md Hanipah) kerana semua mereka belum mengangkat sumpah sebagai Senator sebelum mengangkat sumpah sebagai sebagai menteri

Katanya, kelima-lima mereka berada di awang-awangan Perlembagaan sejak 11 hari lalu, kerana belum mengangkat sumpah sebagai Senator dan mereka sendiri tidak berani mengakui mereka adalah Menteri dan Timbalan Menteri yang sah.

“Sandiwara perlembagaan yang berpanjangan itu memalukan Yang di-Pertuan Agong dan juga imej negara di peringkat antarabangsa, hanya menggariskan persoalan serius mengenai legitimasi Kabinet dan jawatan Perdana Menteri Najib,” katanya.

Friday, May 17, 2013


Fakta lawan Auta !!!!

Presiden Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bingkas bangun pada sessi pertanyaan audien wacana ‘Pasca PRU13: Ke mana haluan politik Melayu’ dan menuduh kononnya tidak wujud kebebasan akhbar di Pulau Pinang kerana wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan sidang media Kerajaan Negeri.

“Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,” soalnya, di samping mendakwa terdapat diskriminasi kaum di Universiti Malaya yang kononnya melebihkan pensyarah berketurunan Cina.

Soalan beliau disambut gelak ketawa berdekah-dekah daripada hadirin yang lantas menyuruhnya duduk sambil menyifatkan soalan itu sebagai dangkal.

Seorang lagi audien turut beremosi ketika bertanya mengenai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sambil meluahkan kebimbangan mengenai penguasaan orang Cina pada masa hadapan.

Beliau berkata, kononnya setelah Lim Guan Eng mengambil alih pentadbiran, Ketua Menteri itu mengumum untuk memansuhkan DEB di Pulau Pinang; yang kemudiannya disambut gelak ketawa hadirin yang menyuruhnya berhenti sambil bertanya, ‘Ini cadangan ke soalan?’

Kedua-dua penyoal terpaksa ditenangkan oleh pihak penganjur.

Keadaan yang tegang seketika kembali seperti sedia kala apabila Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan tenang menjawab soalan kedua-duanya.

“Kebebasan media tidak bermakna ada kebebasan untuk memfitnah,” ujarnya menerangkan kenapa Utusan Malaysia tidak dijemput membuat liputan sidang akhbar Kerajaan Negeri terutamanya oleh Ketua Menteri.

“Sudah cukup fitnah yang disiarkan Utusan Malaysia,” katanya sambil memberitahu bahawa akhbar milik UMNO itu terlalu kerap disaman fitnah oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

“Lim Guan Eng saman Utusan, Lim Guan Eng menang. Karpal Singh saman Utusan, Karpal Singh menang, Azan Ismail pun saman Utusan, Azan menang. Malah apabila dibuat rayuan pun Utusan kalah dalam rayuan itu,” katanya, disambut sorak sorai penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke wacana itu, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Malah, menurutnya lagi, fitnah pemansuhan DEB seperti yang dibangkitkan penyoal kedua itu pun adalah antara saman terhadap Utusan Malaysia yang dimenangi Guan Eng.

“Saya rasa penyumbang dana terbesar untuk Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini ialah Utusan Malaysia,

TERUS GEMPUR PENIPUAN

     
              Lupakan untuk sementara ucapan rasis Hakim Pencen. Lupakan dakyah bebal Utusan tentang ‘tsunami China’. Lupakan berita palsu tentang Azmin Ali ingin meninggalkan PKR. Lupakan siapa MB Selangor yang baru. Lupakan ada komen al-Jazeera. Lupakan karton New Yortk Times yang menibai dan memperlekehkan Najib Razak. Lupakan semua ini untuk apa?

Lupakan juga cadangan mewujudkan sekolah satu aliran. Lupakan juga ‘dendam kesumat Melayu’. Lupakan juga trajedi yang menimpa Azizan bekas Menteri Besar Kedah. Lupakan juga bagaimana Ghani Osman bekas MB Johor kena ‘pancung’. Lupakan juga bagaimana bekas Ketua Menteri Melaka katoi. Lupakan semua ini untuk apa? Kenapa lupakan semua ini?

Kita lupakan sementara pekara-pekara ini agar kita dapat berfikir dengan tenang. Dengan tenang kita wajib menerima hakikat bahawa pada malam 5 Mei 2013 yang lalu Pakatan Rakyat telah menang. Kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU13 adalah kemenangan rakyat – kemenangan anak semua bangsa. Dengan tenang kita menerima hakikat sepatutnya ketika tuan-tuan membaca apa yang saya tulis ini ini satu pentabiran baru sedang ditubuhkan di Putrajaya.

Justeru, dengan tenang kita menyedari bahawa dalam PRU13 ini – kita semua - anak semua bangsa telah ditipu. Dengan tenang kita wajib berfikir bagaimana untuk menyusun dan mengatur langkah untuk melawan penipuan ini. Dengan tenang kita wajib berfikir untuk mengarahkan kemarahan untuk merampas kembali kemenangan.

Hakikatnya kemenangan Pakatan Rakyat telah dicuri. Pakatan Rakyat telah kena tipu. Tidak ada aaah tidak ada oooh dalam hal penipuan ini. Rakyat Malaysia telah ditipu. United Malays National Organisation dengan kerjasama SPR dan lembaga-lembaga kerajaan yang lain telah menipu rakyat Malaysia. Penipuan ini bertujuan untuk meneruskan kuasa mereka. Gerombolan Ketuanan Melayu ini ingin terus berkuasa untuk terus merompak harta kekayaan negara.

Justeru, dengan tenang kita wajib bertafakur untuk mengumpul tenaga. Dengan tenang kita wajib mengumpul segala fikrah melihat jauh ke hadapan. Segala kekuatan wajib digembelingkan. Dengan tenang kita wajib menggengam tangan membesarkan penumbuk bersedia untuk mendobrak United Malays National Organisation.

Untuk mereka yang ada kepentingan ekonomi. Untuk mereka yang ada kepentingan kedudukan dan pangkat. Untuk mereka yang cari makan. Untuk mereka yang tak berilmu tapi ingin dapat gaji ke tahap profesor. Untuk semua mereka jenis ini – yang terus bertanyakan mana bukti penipuan - maka dinasehatkan agar mereka jangan buang masa dalam dunia ini. Tuan tuan yang bertanya tentang bukti ini bukan sahaja bangang tetapi sedang menghabiskan oxygen. Malah mereka sengaja buat-buat buta tak nampak penipuan ini. Mereka bukan sahaja sedang menghabiskan oxygen tetapi wujudiah mereka menyempitkan negara ini.

Kajian dan pengumpulan maklumat telah menemui 27 kawasan parlimen dimana penipuan telah berlaku. Dikawasan ini telah dibuktikan bahawa United Malays National Organisation telah menang dengan cara tipu. Ini adalah fakta.

Siasatan dari Tim Kaji Penipuan Pakatan Rakyat telah membuat 4 patukan untuk membuktikan penipuan. Pertama jurang kecil kemenangan - kurang dari 5%. Kedua, undi rosak lebih banyak dari garis nisbah jumlah kemenangan. Ketiga – undi awal dan undi pos melintasi garis kemenangan pengundian biasa. Keempat: penipuan undi yang terangan-terang. Mat Bangla, Mat Indon, Polis undi dua kali. Dan paling cilaka – dakwat kekal yang TIDAK kekal.

Lalu persoalan hakiki timbul. Jika telah diketahui penipuan berlaku maka apa yang wjiab dilakukan. Bagaimana kita wajib mengumpul tenaga untuk merampas kembali kemenangan kita.

Ingin saya beri tahu disini – berita yang amat menakjubkan lagi melucukan. Berita tentang Najib Razak mendapat ucapan tahniah atas kemenangan dari Kazakhtan, Turkmenistan, Uzbekistan, Tajikistan. Satu persolan yang pelik - semenjak bila Malaysia memiliki hubungan intim dengan negara Tan Tan ini. Hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui.

Kita juga terbaca laporan dari media milik United Malays National Organisation bahawa Barack Obama juga telah menghantar ucapan tahniah. Tetapi akhbar Ketuanan Melayu ini tidak melaporkan sepenuhnya ucapan dari Rumah Puteh itu. Ucapan Obama telah ditapis dan disorokan dari Mak Cik dan Pak Cik Felda. Maka adalah tugas dan tanggung jawan saya untuk meMelayukan ucapan Sang Obama itu.

Bagini bunyinya ucapan Barack Obama: Kami merasa terganggu apabila menerima laporan penipuan dalam pilihan raya. Kami percaya pihak berwajib Malaysia akan menyelesaikannya. Kami menunggu keputusan siasatan penipuan ini. Amerika Syarikat akan terus bekerjasama sama dengan kerajaan dan rakyat rakyat Malaysia untuk mengembangkan demokrasi, keamanan dan kemakmoran rantau ini – Rumah Puteh.

Dalam bahasa Kerajaan dengan Kerajaan – surat Obama untuk Najib berselindung dalam bahasa diplomatik. Obama dengan jelas meminta Najib jangan menipu rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia mahu demokrasi dan keamanan. Kenyataan ini berbunyi agak keras dari Rumah Puteh. Ini bukan bahasa diplomatik yang biasa. Amat jarang Amerika Syarikat berbuat sademikian, terutama kepada negara saperti Malaysia yang bukan musuh Amerika.

Tidak cukup dengan ini - 3 hari sesudah kenyataan dari Rumah Puteh keluar , muncul pula satu karton dalam akhbar The New Yorks Times. Karton ini memperlihatkan Najib Razak telah dibelasah oleh Anwar Ibrahim dalam gelangang tinju. Najib luka bertampal-tampal. Najib jelas telah TKO tetapi Sang Refree (SPR) telah mengangkat Najib sebagai pemenang.

Kenapa saya timbulkan pekara ini? Apa maknanya ucapan Obama? Apa maknanya karton dalam New York Times? Untuk saya senang sahaja maknanya : bahawa rakyat dunia, bahawa media dunia, bahawa kerajaan dunia termasuk Amerika Syarikat telah tahu dan sedar bahawa Najib Razak menang pilihan raya dengan cara menipu.

Pandangan masyarakat dunia tentang penipuan Najib ini cukup jelas. Saya berani berkata demikian kerana dari The Age Melbourne, ke Sydney Morning Herald , ke South China Morning Post Hong Kong, ke akhbar China Tiwan, ke Bangkok Post, ke Jawa Post , ke Tempo Jakarta , ke Guardian London – semua media antrabangsa ini telah melaporkan Najib telah menang dengan menipu.

Yang tak percaya adanya penipuan dalam PRU13 ini hanya Profesor Zinal China dari Universiti Bangsar Utama dan para Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong yang hidup mereka bukan menulis, bukan mengkaji atau memberi kuliah tetapi membodek United Malays National Organistion.

Justeru, berita-berita tentang ‘tsunami China ‘ dan berita-berita rasis yang dilaporkan kebelakangan ini semuanya bertujuan untuk memadamkan cerita dan kesah penipuan dalam PRU13. Naratif penipuan ini ingin dipadamkan dari ingatan rakyat. Berita rasis Ketuanan Melayu ini dipaparkan dengan harapan Bani Melayu akan marah dan Bani China akan takut.

Tetapi suasana dan iklim politik tidak lagi saperti tahun 1969. Semuanya telah berubah. Bani China tidak semudah itu untuk ditakut-takutkan. Pada satu ketika dahulu semua Bani Melayu boleh dibodohkan. Ada ketikanya hanya satu kumpulan Bani Melayu sahaja yang boleh dibodohkan. Tapi tidak semua Bani Melayu boleh dibodohkan sepanjang masa. Hari ini Bani Melayu tidak mudah untuk dibodohkan. Malah proses pembodohan Bani Melayu ini semakin mahal harganya. Contohnya untuk membodohkan warga Felda kosnya ialah 15,000- ringgit untuk satu keluarga – ini belum termasuk kos kenduri kendara.

Jika kita yang lain tidak bodoh maka apa yang wajib kita lakukan kerana kita telah ditipu?

Pertama: Kita jangan menerima keputusan PRU13. Ini keputusan tipu.Hanya mereka yang bangang dan bebal sahaja yang akan menerima keputusan tipu ini.

Kedua: Gerakan massa – berhimpun, berdemo, rapat dalam stadium wajib diteruskan. Ini bertujuan untuk memastikan kemarahan orang ramai ini akan berterusan. Jangan merasa malu atau segan jika dituduh menggunakan rakyat untuk mencapai cita-cita berkuasa di Putrajaya. Memang betul pemimpin dan ahli politik Pakatan Rakyat menggunakan rakyat untuk mendobrak penipuan United Malaya National Organisation. Yang beribu-ribu turun ke jalan raya itu ialah rakyat – anak semua bangsa- Mereka turun ke jalan raya kerana mereka marah. Mereka marah kerana mereka di tipu. Khalas.

‘Ketiga: Menuntut ditubuhkan satu SPR baru. Ini kerana lembaga SPR yang wujudkan hari ini telah menjadi barua dan budak suruhan United Malysa National Organisation. Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada keyakinan terhadap ahali-ahli lembaga ini.

Keempat: Berasaskan fakta Tim Kaji Penipuan – orang ramai wajib menuntut dijalankan semula pengundian di 27 kawasan. Ini adalah tuntutan minima dari orang ramai.

Kelima: Satu Perhimpunan Raksaksa - Rakyat Tolak Penipuan wajib diatur. Ini adalah perhimpunan besar-besaran untuk menghatar memo bantahan tentang penipuan kepada Mahkamah dan juga kepada Yang DiPertuan Agong.

Lima pekara ini adalah pekara asas. Ini adalah tututan paling minima. Tututan untuk mengadakan kembali pemilihan bertujuan untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap proses demokrasi dan pilihan raya. Ini amat penting – jika keyakinan ini hilang maka Malaysia terjamin akan menuju ke status :Negara Gagal – saperti Zimbabwe, Somalia atau Libya.

Kita telah melihat Himpunan di Kelana Jaya, kita telah lihat Himpunan di Pulau Pinang. Kita telah saksikan Himpunan di Ipoh, di Basrah – semua ini adalah bukti bahawa orang ramai – anak semua bangsa- sedang marah kerana kemenangan mereka telah dicuri. Mereka marah kerana telah ditipu.

Di Kelana Jaya – ditepi stadium – saya menghitung satu persatu – mereka yang telah memasuki stadium. Rata-rata mereka adalah anak muda. Anak muda dari semua bangsa. Malah ada yang baru lepas SPM. Ada yang belum cukup umur untuk mengundi. Kenapa mereka turun berdemo? Jawabnya senang sahaja: Akhirnmya dunia ini adalah milik mereka. Akhirnya dunia ini adalah milik anak muda. ( TT)

KULIAH JAKIM MEMBERI KESEDARAN

ini adalah contoh terbaik
untuk melihat bagaimana agama
telah digunakan untuk memperkukuh kezaliman
telah digunakan untuk menghalal kemungkaran

dari zaman berzaman agama telah digunakan
untuk menindas orang miskin
dari zaman berzaman agama telah digunakan
untuk memperkayakan orang kaya

tanah orang kampong dirampas
dihalalkan oleh agama
anak bini orang kampong di tangkap
dihalalkan oleh agama
orang kampong mati berperang atas nama agama

yang menjadi kaya dan senang
adalah mereka yang zalim
adalah mereka yang menindas

raja dan kaum feudal di selamat oleh agama
towkay dan tuan tanah diselamat oleh agama
yang menjadi mangsa ialah orang kampong

PENIPUAN KEMUNGKARAN
kenapa tidak ditimbulkan soal penipuan undi?
kenapa tidak ditimbulkan kes lampu padam?
kenapa tidak ditimbulkan kes undi bangla?

inilah buktinya
inilah contoh terbaik
bahawa agama itu dijadikan candu
untuk menipu orang ramai


NOTA:
jakim telah memberi
kesedaran yang terbiak
untuk memahami peranan agama


UMAT ISLAM DIBERITAHU ‘HARAM’ UNTUK MEMBANTAH TANPA MENGIKUT SALURAN YANG SAH

KUALA LUMPUR 17 Mei — Umat Islam di Malaysia diberitahu haram bagi mereka untuk menderhaka dan memerangi pemerintah seperti membantah tanpa mengikut saluran yang sah kata khutbah Jumaat hari ini.

Dalam khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu, umat Islam juga diingatkan perintah mentaati pemerintah termasuk mentaati para petugas yang menjaga keamanan dan keselamatan seperti pasukan polis.

“Menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram,” tulis khutbah bertajuk “Guru Malaysia: Satu Aspirasi Satu Agenda” yang boleh didapati di laman sesawang JAKIM hari ini.

“Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah keputusan pemerintah yang dibuat berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara.”

Pakatan Rakyat (PR) telah menganjurkan beberapa siri perhimpunan selepas pilihan raya digelar “Black 505” diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantah kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 yang mereka dakwa kerana penipuan dan kecurangan pilihan raya dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Thursday, May 16, 2013

Lamb cutlets/rib chops with chilli and black olives


                                          Ingredients

          

Method

Lamb cutlets/rib chops with chilli and black olives
1) Layer the chops between cling film and flatten them gently with a rolling pin or mallet.

2) Place the chops in a large dish so that they all fit in a single layer. Pour over the 4 tbsps of oil and add the garlic, chilli, oregano, lemon zest and juice. Sprinkle over the salt and the olives and then turn the rib chops in the marinade so that both sides are coated. Cover and leave the lamb to marinate for 20 minutes at room temperature before cooking.

3) Heat a large frying pan with the 2 tbsps of oil and add the chops, scraping off the marinade before you put them in the pan. Fry them for a couple of minutes on each side on quite a high heat so that they take on some colour.

4) Turn the heat down to medium and pour the marinade into the pan over the coloured chops. Add 2 tbsps or so of water so that they cook in a little liquid. Cook for about 5 minutes for rare or a little longer if you like your lamb well cooked, (this will also depend on the thickness of the chops).

5) Transfer the lamb to a serving plate, pour over the pan juices and sprinkle with the chopped fresh red chilli, should you feel like enhancing the dried chilli with the pep of fresh.

6) Serve immediately.

Red velvet cupcake



For the cakes

For the cream cheese icing:



Method

Red velvet cupcake
1) Preheat the oven to 180C/Gas 4. Line a 16 space fairy cake tin with paper baking cases.
2) Sift together the flour, bicarbonate of soda, salt and cocoa powder into a bowl and set aside.
3) In a mixer fitted with paddle attachment, mix the oil, sugar and buttermilk until combined. Add the eggs, food colouring, vinegar, vanilla and water and mix well. Add the dry ingredients a little bit at a time and mix on low, scraping down the sides of the bowl occasionally. Mix until just combined; do not over mix or the cakes will come out tough.
4) Divide the batter between the paper baking cases and bake for 20 to 30 minutes or until a cocktail stick inserted into the centre of a cake comes out clean. Allow to cool on a wire rack.
For the cream cheese icing:
1) Whip the butter and cream cheese together in a mixer fitted with a paddle attachment until creamed. Gradually add the icing sugar to the mixture, scraping down the bowl as needed. Add the vanilla and mix until combined.
2) Spread the icing over the top of the cakes. Alternatively it can be covered and stored in the refrigerator for up to a week.