Wednesday, May 23, 2012

Christina Perri Live In Kuala Lumpur 7 Jun

Penyanyi yang mula meningkat naik iaitu Christina Perri ini bakal tampil mengadakan konsert di Malaysia pada 7 Jun ini. Pastinya anda tahu penyanyi ini yang menyanyikan lagu tema OST Twilight yang berjudul “A Thousand Years”. Konsert yang bakal diadakan di KL live, Jalan sultan ismail Kl ini pastinya akan menarik minat ramai pengemar filem Twilight dan peminat artis antarabangsa ini sendiri. Christina Perri yang mula menyertai bidang nyanyian ini apda tahun 2010 telah pun bekerja keras untuk menjadi penyanyi dan juga penulis lirik. Tiket konsert sudah mula dijual sejak bulan april lagi dan anda boleh dapatkan tiket tersebut di Rock corner outlets, Victoria Music Centre, Guitar Store Outlets dan secara online di www.ticketpro.com.my.Tiket konsert berharga RM 258 (Party Zone), RM188 (Chill Out Zone) , RM 98 (Regular) . Ini merupakan kali pertama Chritina Perri ke Malaysia dan belia dibawakan oleh JS concert dan Fat Boy. Kepada peminat Christina Perri pastikan anda tidak ketinggalan untuk ke hadir konsert ini.

No comments:

Post a Comment