Thursday, February 28, 2013

Terima Kasih Cinta

Bila menyebut tentang cinta, siapakah yang berada diminda anda? Mungkinkah ibu bapa? Atau jejaka/gadis idaman? Jawapannya anda sendiri lebih tahu… Akan tetapi pernahkah anda terfikir tentang sebuah cinta agung dari kekasih sejati itu? Tentang Dia yang tidak pernah meninggalkan, meskipun sering ditinggalkan dan dilupakan berkali-kali… Siapakah kekasih sejati itu? Hanya satu : Allah yang Esa… Dia yang tidak pernah meninggalkan kita meskipun kita sering melupakanNya. Dia yang selalu menerima kita selepas kita meninggalkanNya berulang kali. Dia yang sering memaafkan kita setelah berkali-kali kita mengulangi kesilapan. Adakah lagi kekasih yang lebih baik dariNya? Jawapannya pasti takkan ada yang lebih baik dariNya… Adakah kita sudah menjadi kekasih yang baik pula untukNya? Tepuk dada tanya iman kita… Seringkali bila ujian menerpa, saat itulah baru kita kembali padaNya…Seringkali tika kita merasa sendirian dan orang sekeliling kita meninggalkan kita, saat itulah baru kita sedari bahawa Dialah yang paling setia bersama kita… Bahkan, pernahkah kita terfikir bahawa kadangkala Dia menimpakan ujian buat kita kerana Dia mahu kita kembali kepadaNya? Dan kadangkala Dia memisahkan kita dari orang yang kita cintai dan sayangi kerana Dia rindukan kita dan mahu kita untuk kembali mencintaiNya lebih dari insan-insan itu… Sesungguhnya ujian itu tanda kasih dan rinduNya buat kita… Kerana seringkali manusia itu lupa dan ujianlah yang menyedarkan dan mengingatkannya… Usahlah kita lupa tentang kisah cinta kekasih sejati itu lagi… Semoga kita semua menjadi hambaNya yang baik dan lebih baik dari sebelumnya,amin...

No comments:

Post a Comment