Friday, January 2, 2015

fakta atau auta semata ?

Dugaan semasa bertunang..fakta atau auta semata ?

Selamat Tahun Baru


Semoga dengan tahun baru ini kita sama-sama perbetulkan kesilapan dan mempertingkatkan lagi amalan kita kepada Allah.. Berubah menjadi umat yag terbaik dari yang terbaik.. semoga dirahmati semuanya.. Aminn.

Let's talk about the topic..

Orang cakap nak dekat kawin ni makin banyaklah dugaannya.. DARAH MANIS katanya.

YES ! memang aku akui ape yang kawan-kawan dan mereka-mereka semua cakap memang betul. Macam-macam dugaan. Setiap bulan jugalah mesti ade perang dingin. Bukan sebab ada malash ape pun. Tapi.. ntahlah.. tak tau nak cakap. Lepas 2,3 jam ok balik. Nasib baik aku dapat tunang yg sangat-sangat penyabar dan memahami. Selalunya gaduh pasai bila kol x reti nak angkat je pun.. fuhh ! rase macam nak tunggang terbalik dunia..

Kadang-kadang benda kecik jadi besar. Benda besar lagilah bertambah besar. Kesian jugak tengok en tunang layan perangaiku yg ntah ape-ape ni.

Jom.. jom.. aku senaraikan beberapa dugaan yang orang tengah DARAH MANIS ni rase yang aku rase kebanyakannya semua orang rase.. aku rase laaa.. hahaha.


Mudah sangat nak terase. Tak cakap kasar pun katanya kita cakap kasar. Tak habis-habis nak merajuk. Akal kata sabar.. sabar.. tapi.. last-last ikut kata hati jugak. Habis sembur semuanya..

Kalau tak jumpa rase nak marah. Sebelum bertunang x jumpa pun x kisah. Kalau boleh tiap minggu nak jumpa. Lepas tu x reply mesej mula la kol bertalu-talu. lepas tu mulalah menangis sebab fikir dia bukan-bukan. Mulalah meroyan sorang-sorang. lepas tu, die dah kol n reply text.. mulalah chill semula.. normal ke semua ni?? 

Salu bila kol tak tahu nak cakap ape. Diam seribu bahasa. Lebih baik x kol dari kol. lebih baik x mesej dari mesej. Hati panas je, ade je salah die yg kita nampak..mulalah rase menyampah. Bila dah rase menyampah mulalah nak putus lah ape lah.. aishh. syaiton !

Terase susah nak kumpul duit. Fikir-fikir gaji bulan ni nak saving lebih sikit. Tup tup tengah bulan ade je benda nak kene keluarkan duit.. terpaksalah hold ke bulan seterusnya..

Bila dah bergaduh duk meroyan sensorang..mulalah fikir ' Betul ke dia ni pilihan aku yang tepat? ' 'Selamat ke? bahagia ke aku lepas kahwin?' Hati kena tetap kawan ! hasutan syaitoon yg di rejam semua tu. Kuatkan hatimu, jangan terpedaya dengan hasutan syaiton. Tiang masjid baru saje nak terpacak dah ri robohkan semula. Bertepuk tamparlah syaiton durjana semuanya...

Mulalah ade godaan orang ketiga..pas tu, ex lama datang semula lah.. itulah inilah..

Time tengah bertunang ni pulak lah jadi macam-macam hal. Kene transfer tempat kerjalah, moto hilanglah, kereta accidentlah..mcm-mcm hal.. sabar...


dann.. tidak semua manusia atas muka bumi ni tahan dengan semua ni.. ingat yang indah-indah je.. jangan fikir yang bukan-bukan ye.

No comments:

Post a Comment